03 May 2024

 Hye Assalamualaikum,


Its ME again, untuk kalini aku dah bertukar status. 


SAYA SEORANG ISTERI


hahahah, geli tapak kaki la. Aku dah menjalani hidup sebagai wifu ni dah setahun lebih. Jejaka Kelate tetap menjadi pilihan hati. no matter what. KELATE.

so habis part tu sebab aku takmau cerita pasai diri aku sebagai wifu ni sebab benda ni terlalu cliche. semua orang kawin what. so buatpa aku nak cita benda y semua orang lalui dan akan lalui.

sekarang ni aku tengah bekerja dengan sebuah company service which is transport, management dan hiring. Company aku ni macam agency la, dia yang buat transport kilang, dia yang hire pekerja kilang, dia yang sediakan hostel. So far aku dah kerja sini berapa tahun eh, emm sat. I guess ni tahun 3, aku masuk 2021 kot. Ahh tak ingat dah. Aku in charge untuk transportation, bukan logistik. tapi more kepada pekerja kilang punya transport. Last year aku in charge untuk hiring. Best tapi penat la nak layan kerenah budak budak muda. Ada yang malas kerja, ada yang nak kerja tapi banyak songeh. 

aku masih berkawan dgn fatin dan yaya, yaya akn bertunang raya haji ni dan fatin akan melahirkan baby pertama bulan 7/8 macamtu. dan aku masih lagi gayat nak jadi mak orang. rasa macam ishhh nak bela bapaknya pun aku takut, lagi nak tambah anaknya. hahaha

so thats all, saya akan kembali lagi nanti. bila tiba masa yang aku rasa aku down, aku feel bad. aku akan datang kesini lagi. sebab bila hang dah tua ni, hang nak meluahkan sesuatu macam susah, kalau nak luah kat orang hang akan rasa orang pun ada masalah jugak. dan kalau luah kadang tu orang takkan faham, dan tak pernah faham sampailah dia juga rasa perkara yang sama, masatu depa akan mai cari hang ummi. hahaha. so thankyou all


BYE !


Thank You For Reading(:

18 April 2019

Assalamualaikum. Hyeeeeeeeeee.
Weh rasa aneh gila lama tak tulis blog. Hahahahaha.
Ni semua terjebak ja ni. Hangat hangat taik anjing. Taik anjing la kan. Sebab lambat sikit nak sejuk.
Sekarang seorang ummi dah habih mengaji. Seorang Ummi sekarang tengah kerja dekat satu construction company. So far so good. Environment sini sangat memuaskan hati. Okay tipu. Time seronok tu boleh kira dengan jari. Aku punya malas masih macam dulu. Malas yang takdak penghujung. Kena pi jumpak ustaz mana mana hembuih kepala. Ha dan dan dan AKU MASIH SINGLE. Nak kena habaq jugak. Hahahahaha. Serious la Single. Percaya lah kataku. 

Berbalik kepada blog. Sekarang ni aku nak cerita apa kat blog aku ni? Takkan nak cerita benda takdak faedah seperti dulu kala. Nak cerita masak masak punnn emmmmm emmmm. Masak ke? Nak cerita pasai travel, aku tak suka travel ni. Nak cerita pasai cara Ummi Slim pun mcm tipu sangat. Aaaaa nak tulis pasai apa ni. Takdak content betoi la. Platform ada dah. Idea takdak. Bosan. Lani mai aku cerita apa aku buat harini.

Weh dak. Okay tau dah nak cerita apa. Hehehehehehehehehehe.

AKU DAH BUKAK BRACES

Untuk informasi anda semua. Aku ni seorang bekas pengguna braces. Aku pakai braces wei. Gigi bersepah. Boleh rujuk rajah dibawah.

Pada tanggal 19 November 2015 bermulalah kehidupan aku sebagai seorang gadis gigi besi. Aku punya nak pakai braces ni dari zaman sekolah sampai lah 2015 aku berjaya convince mak aku. Betul kan usaha tangga kejayaan. Hihihi. 

Okay sebelum aku ni nak boleh pakai besi tu doctor akan check dulu gigi kita. Dan aku kena cabut 4Batang gigi. Sakit kah? Jawapannya dak. Pengalaman aku sendiri cabut gigi tak sakit. Yang paling aku sakit bila sehari lepas pasang besi tu. Perhhh dia punya sakit tu rasa nak tendang orang. Sakit berdenyut. Bila malam lagi sakit. Seminggu tu tidoq dengan ayaq mata la. Terjaga 2 3 pagi sebab sakit. Bayangkan hang tersentuh gigi hang masatu dengan lidah pun sakit. Tu tak kira bila hang makan pastu tertokak benda keras. Masih terasa sampai harini. 

Masa pakai braces aku takdak masalah ulser apa semua tapi aku ada masalah bracket tercabut. Braces aku belah bawah dekat gigi geraham tu selalu tercabut. Doctor puas adjust bagi gigi tinggi la still jatuh jugak. Nak tau sebab apa. Sebab aku suka belaga gigi time tidoq. Aipp aku takdak cacing nah. Bukan setakat cacing, jin jin pun takdak. Elok sikit. Disebabkan habit aku yang tak berapa nak berhabitat ni lah aku kena selalu pi klinik. Kadang tu baru ja balik rumah lahhh dia jatuh pulak. Esok tu pi klinik balik. Doctor tu meluat pun ada asyik aku ja hat pi.



Thank You For Reading(:

08 February 2013

im4u

Assalamualikum , Selamat Petang .
pada pagi 3 Februari 2013 saya telah menyertai My Beautiful Malaysia . best . sangat best . program ni berlangsung serentak 1 Malaysia . dan saya salah seorang sukarelawati itu . tepat 7.00 pagi semua 400 pelajar yang menyertai program ni beratur di Pusat Islam . lepastu kami jalan kaki sampai dekat Kulim Mall . penat tu penat la walaupun tak jauh . sebab abang polis tu guna jalan jauh . yang bestnya semua pakai baju warna merah . its look like Lautan Merah . :D kidding .

ini namanya keretapi merah . HAHA

panjang kan keretapi PTSB ni .

gambar ni masa otw nak pi , act gambaq balik takdak . sebab semua kalut nak balik . berpecah ditengah jalan . ada yang pi bank , kedai . 
dipersilakan tengok  . ni semua gambar masa My Beautiful Malaysia . gambaq sikit ja tak snap banyak pun .

Drinking Water :3 gedik kan aku . 

tali pink tu kasut Adiq Wa . longgokan daun kering dan sedikit sampah . 

nampak kasut tu . itu kasut saya . (",) daun daun kering yang gua kutip dengan Adiq Wa  ada dalam plastik hitam yang comel tu .

ni makcik majlis perbandaran . makcik makcik ni gorgeous tau . :D

dan ini hasilnya . TARAAAA . !

dan ini lagi . TARAAA !

ini kumpulan aku . ramai lagi sebenaqnya .  lelaki lelaki tengah mengecat  . 

 act banyak lagi tempat yang kena cuci , tapi ini adalah kawasan kami ! okay , pertama sekali lepas kami tokak nasik lemak dan ayaq masak tu kami diberi kumpulan . aku kumpulan no 8 kot . taktau lupa dah . lepaihtu , setiap kumpulan akan diberi kawasan dan penyapu dan plastik dan cat dan setiap seorang pakai sarung tangan . 

ni kami . :3 sorang lagi tolong tangkap gambaq .
( Soleha , Adiq Wa , Umi Comei )

2 orang sebelah kiri tu la makcik perbandaran tu tadi . :D tudung pink tu Ahlina . tengah dan kanan tu  tak perkenal pun dah kenal kot .


maaf la gambar itu banyak diedit . ini adalah kerana . saya terlalu rajin dan terlebih rajin . 



Thank You For Reading(:

31 January 2013

DIPERMAINKAN

Assalamualaikum , Selamat Petang . 
okay , takmau cakap banyak . 
nak bercerita . okay cerita ni seram bagi aku .
kisah bermula . 

semalam , 30 Januari 2013 . 
dekat KAMSIS ada buat satu program selama seminggu . 
iaitu Minggu KAMSIS , dan semalam ada program bersama warden .
program ni start selepas Isyak dan habis around 11 malam macam tu la . 
dan aku bersama roomate aku dah habes program kami balik bilik . 
macam biasa , roomate aku masuk bilik bukak laptop dan online .
aku dok landing punya landing ataih katil .
tertidoq . dan tak sempat nak salin baju apa semua . 
dengan baju t-shirt dan seluaq yang aku pi program tadi aku tidoq .
dalam pukul berapa tatau . tak ingat . 
aku terjaga . aku ubah kedudukan aku tidoq sebab keadaan aku tidoq tak berapa nak selesa .
lepas aku ubah kedudukan aku . aku pejam mata nak tidoq balik .
dalam beberapa minit aku terjaga balik . 
THEN , aku dengaq bunyi burung . 
burung tu bunyi pelik . pelik SANGAT !
serious kuat gila , bunyi dia macam dia tengah terbang dan bunyi selang selang .
bunyi , tak bunyi , bunyi , tak bunyi .
its was like HUHUHUHU . 
aku dah meremang bulu roma . masa tu aku tengok roomate aku dah tertido depan lappy .
bunyi benda tu lama , dan hilang masa aku dah terlelap . 
tapi keadaan bilik aku masa tu gelap . lampu jalan pun suram ja .
aku tidoq , memang dah tak bergerak . rasa macam nak bangun lari dekat roomate .
tapi time tu aku dah takut , aku cuba pejam mata . 
dah tak teringat nak baca apa apa . 

dan pagi tadi . masa tengah siap nak pi kelas aku cerita dekat roomate aku .
dia tanya aku bunyi macam mana . aku taktau nak habaq macam mana . 
then dia tanya 'bunyi macam mengilai ? ' dan masa tu baru aku terpikiaq .
ha bunyi macam tu aa . cuma versi burung .
dia kata burung hantu , tapi aku tak yakin tu burung . 

dan lepas tu cerita aku bersambung lagi dekat kantin . 
masa tu tengah makan . aku cerita balik dari awal dekat kawan aku . 
masa tengah cerita part aku nampak roomate aku tertidoq depan lappy . 
tiba tiba roomate aku kata dia tak tertidoq depan lappy pon .
masa dia nak tidoq dia simpan lappy atas meja . 
aku macam , SERIOUS ? SURE ? CONFORM ?
masa tu otak aku dah pikiaq macam macam .
SAPA YANG AKU NAMPAK TIDOQ DEPAN LAPPY TU ?
dan aku bayangkan kalau aku lari tidoq dekat dia . 
tak boleh bayang .
roomate aku dah rasa lain . takkan kena game dengan hantu kot . 
meremang bulu roma tengkuk aku .
serious benda bunyi bunyi mengilai macam ni FIRST TIME dalam hidup aku .






Thank You For Reading(:

24 January 2013

sayang diri saya

Salam Maulidur Rasul , 1434 Hijrah .

saya sihat Alhamdulillah . kesibukan melanda diri dan jiwa ini . dan laptop aku ni lepas repair aritu terus jadi seperti baru . banyak benda dah hilang . terpaksa download laen . penat okay . kalau yang boleh download tu bersyukur la , tapi kalau gambaq , memori ? tak boleh nak snap laen . sedih betoi la . hard disk aku pulak kena virus dari laptop kawan aku . sekarang dah macam nak rosak . bila masuk document ja mesti kena format . what the heck . sakit hati la dengan benda zaman millenium ni . bila dah zaman maju virus pon banyak . tu tak kira dengan pendrive aku . baru sambung dekat laptop kawan aku dah masuk virus . takdan nak cakap apa . dah la virus tu macam apa lagi . kalau masuk , automatik file semua nak bukak tu memang harapan tipis la . 

tak cukup dengan virus , assignment pun dah macam apa lagi . sekali mai berlungguk . BERLUNGGUK ! kalau nak kata banyak tu tak banyak la , tapi tak pernah sikit . setakat ni semua subjek aku boleh catchup . tapi sekarang math ja aku macam nak tungging . tajuk yang Differentiation of Logarithmic Function . okay aku tau hampa semua hebat ! aku memang lemah part ni . benda ni pasai natural log apa taktau . harap harap test sebelum cuti ni aku dapat markah macam aritu . InsyaAllah . 

minggu depan dan sehingga dekat cuti mid sem ni aku tak boleh balik . kerana , pertama aku kan skema . kedua aku malas nak balik . ketiga kalau kena balik jugak , aku akan balik . hee . 

hidup aku sekarang hanya aku . dan aku lagi . dan aku . aku dengan hidup aku yang bahagia . orang lain biaq pi la . depa bahagia cara depa . aku bahagia dengan cara aku . aku bahagia ada mak . aku bahagia ada family . aku bahagia ada kawan kawan . aku bahagia sebab aku boleh berubah mengikut salah satu azam aku . aku bahagia sebab mak aku bahagia . doakan aku bahagia dunia akhirat . doakan aku dapat kekalkan perubahan ini .





Thank You For Reading(:

18 January 2013

my day

Assalamualaikum , Selamat Malam . lama tak update blog ni . maaf . semester dua ni amat sibuk dan internet takdan nak renew . lagipun internet dekat v3 tu melampau sangat . lembap dia tu kalah siput . sepanjang sesi pengajian aku ni . semalam lah hari yang paling letih . mau tak letih . petang tu kami pi cycling . balik dekat maghrib dah . lepastu mandi apa semua . start buat assignment contract . tuhan saja yang tau bertapa susahnya nak paham bahasa dia . walaupun bahasa inggeris boleh guna google translate tapi tetap tak membantu . laman web tu menggunakan bahasa undang undang . masa buat tu pakai men copy ja . sebab tak boleh nak bayang langsung apa itu TIMBANGTARA . -,- yang tu satu pasai , lepastu ustazah suruh buat peta minda , lepastu esok ada dua quiz . Contract Procedure dan Teknologi Sains Kejuruteraan Dalam Islam  . dan tadi selepas habis semua benda tu . Alhamdulillah , rasa tenang ni . kosong otak aku . :D

assignment berlungguk , dan aku tak sentuh lagi . oh malasnya saya . aku tengok buku buku ni semua rasa macam nak muntah pun ada . tu tak kira lagi dengan masuk kelas AutoCAD haritu . kawan aku tanya kiri kanan sampai last sekali aku rasa nak muntah . nak makan tengahari tu pon tak lalu ja . :D haha lawak la . 



tadi siang siang lepas bangun tidoq teruih call Izzati dan konfirm untuk jalan jalan . perabih duit . tengok cerita yang ending memang macam .... dan masa tu aku macam 'erk takpayah mai tengok pon baguih ' . petang tadi rushing balik rumah . sampai lewat sikit dan mak aku macam biasa . tazkirah . okay , salah saya . dengaq jala sambil makan McD . mak aku kata aku off fon , tapi yang sebenarnya mak aku yang call no laen . mak aku call no celcom memang tak dapat la . :3




Thank You For Reading(:

29 October 2012

its me , thats you

Assalamualaikum , Hye .
hows you today ?
anda makan daging banyak tak ?
setelah lama , dan baru sekarang aku update blog . 
laptop aku dah berapa hari hantaq kedai .
assignment tergantung , presentation lagi . -_-
mula nak stress dah . 

jumaat lepas Raya Haji kan ?
raya aku meriah sangat . 
rumah saya under construction .
dan saya dah raya dekat rumah makcik . :D
raya kedua baru balik raya kat rumah . 
tu pon macam raya dalam debu . 
sampai sekarang aku kerja bersin , gatai habeh bijik mata . 
tak boleh belah sangat .

tadi petang aku dah kembali ke poli . 
untuk beberapa minggu lagi aku nak final . 
quite scary , tapi aku boleh stabilkan emosi takut kepada emosi gelak . 
okay semua orang masih boleh gelak , sembang merapu .
HAHA , study week nanti baru study la . *study la sangat kan . 

okay , aku dah buang habuk dalam blog . 
its time to sleep . :) '
good nite . see ya , byebye


*you , just wait for my surprise . :D



Thank You For Reading(:

25 August 2012

Facebook , Twitter

Assalamualikum , Hye .
selamat hari raya everyone . :)
Alhamdulillah , aku masih lagi boleh merasai hari yang indah ini .

raya kali ni raya yang bercampur baur .
serius , macam macam jadi .
tapi , syukur , aku boleh teruskan dengan bahagia .

aku dah boleh hilangkan perasaan aku yang tak tentu arah .
aku dah boleh cool down .
aku dah tak mengharap apa apa :)


okay dah , aku nak cerita pengalaman aku cuti kali ni . 
seperti aku kata tadi , macam macam benda jadi kan . 
see . aku balik kali ni aku rasa happy sangat . 
tau kenapa ? mak aku bg aku drive sampai malam . 
whoaaaa , tepuk tangan . 
haha . walaupun hanya dalam tempoh seminggu . 
happening . :D

raya ke 3 aku otw pi Melaka . 
bapak sedara aku buat kenduri utk dia .
dia nak g mekah nanti . 
then , kebetulan pulak sepupu aku nak bertunang . 
sepupu aku bertunang dengan orang Johor . :D
tahniah .

sepanjang raya ni , jangan tanya la duet raya aku dapat berapa . 
terlalu Banyak . sampai boleh kira . 
mak aku kata kesian kat aku tak dapat duet raya . 
yala , kesian . mak pon tak bagi duet raya kat umi . 

then akhir sekali . 
aku . . . actually aku ..
okay nanti dah confirm aku post nah . :D

dah . aku nak mandi . byebye . :D

Thank You For Reading(:

03 July 2012

saya saya saya saya saya

Assalamualaikum , Hye . 
sihat ? :D dah solat ?
wah wah , banyak soklan kan .

sila pejamkan mata baca title aku . 
sebab title blog ni tak pernah sama dengan isi kandungan , never :P

bad news untuk aku . 
broadband yang palinggg aku sayang . 
erk , sayang sangat la kan . 
telah dihentikan perkhidmatannya . 
yang ni aku sakit hati . 
urghhhh , macam mana lepaih ni aku nak tengok cartoon . ?
kesian youtube nanti kurang sorang pengguna . 
im sorry Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim .
sat sat , depa ni kan pengasas youtube ?
what ever . :D

eh sebelum terlupa . 
Euro habih dah kan ?
okay , tahniah kepada supporters Spain . :)
tahniah ye , tahniah . HAHA . 
makin lama aku tulih makin kurasa nak gila . 
kamon otak , kamon . 
tolong cerdas sikit . jangan lembap macam siput sangat . 

eh apa ni ? HAHA . 
MAKIN GILA NAMPAKNYA . XD



betoi apa orang kata penantian itu satu penyiksaan . 
okay aku TERSEKSA !!!!

Thank You For Reading(:

28 June 2012

Nokia Asha 302

Assalamualaikum .  Hye 
apdate lagi hari ni . 
actually kan , pagi tadi masa aku online . 
yea aku dpt kejutan . 
TERKEJUT sangat . 
ayat aku mcm annoying dak ?
HAHA . shadap . 

aku cuma nak cewi . 
berat gua dah turun derr . 
happy sangat . :DDDDDD
macam spongebob ni . 

dan tak kusangka . 
aku ada masa lagi seminggu lepastu dah masuk poli  .
omaigod , malaih nya nak pack barang . 
anyone sapa nak amik upah pack barang aku sat . 
please please please
PLEASE !!!!

hmm , aku beli phone baru . 
lama dah beli ., 
tapi baru lagi la . 
apekah ? aku gila , abaikan aku . 
hee :D


aku kan teringin nak makan mee mamak . 
sedapnyaaaa , aku tak minat mee ., 
tapi aku akan makan mee mamak . 
i don know why .
jiwaku kearah mamak . 
kalau pii penang tu memang rasa macam aku berjiwa sangat kat sana . 
aku suka gulai . 
aku suka masakan mamak . 
okay dah , aku lapaq sangat nii . 




berokben aku tak potong lagi , YAY ! 



Thank You For Reading(:

08 June 2012

totally forget him .

Assalamualaikum , Hye . 
sihat dak ? harap sihat nah . 
malam ni aku takbleh tidoq kot . 
taktau pasaipa . 
macam macam perasaan dok mai terjah aku . 
adeii . rasa bersalah . rasa geram . rasa sedih . 
aku nak teriak kuat kuat buleh dak ?

awak , pinjam bahu . :(



Thank You For Reading(:

27 February 2010

1st entry

hye.. welcome to my blog. ;) 

Thank You For Reading(: